TERMA TEMPAHAN
TERMA BAYARAN

PAKEJ KAHWIN

10% - Pengesahan Tempahan / Tarikh Tempahan

80% - 45 hari sebelum tarikh majlis (tarikh terakhir)

10% - Sebaik penghantaran dibuat dengan penuh pada hari majlis (WAJIB TUNAI)

KATERING LAIN

UNTUK PELANGGAN INDIVIDU:


10% - Pengesahan Tempahan / Tarikh Tempahan

60% - 7 hari sebelum tarikh majlis (tarikh terakhir)

30% - Sebaik penghantaran dibuat dengan penuh pada hari majlis

UNTUK PELANGGAN SYARIKAT ATAU JABATAN KERAJAAN:

Mengeluarkan PO atau LO atas nama Saujana Delirasa Catering

POLISI PEMBATALAN

Sekiiranya pelanggan membatalkan tempahan, deposit 10% tidak akan dipulangkan.

POLISI PERUBAHAN TEMPAHAN PAKEJ

PAKEJ KAHWIN

1. Perubahan besar seperti perubahan tarikh dan pakej hanya boleh dibuat 3 bulan sebelum majlis. Perubahan besar yang dibuat dalam tempoh kurang dari 3 bulan boleh dikenakan caj tambahan. Perubahan tarikh hanya boleh diterima jika masih ada kekosongan.

2. Segala perubahan item seperti menu sajian, perkhidmatan tambahan & bilangan pelayan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 3 minggu sebelum majlis.

2. Perubahan berbentuk penambahan item yang dibuat kurang dari 3 minggu sebelum tarikh majlis boleh dikenakan caj tambahan.

KATERING LAIN

1. Segala perubahan item seperti menu sajian, perkhidmatan tambahan & bilangan pelayan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 7 hari sebelum majlis. Sekiranya berlaku masalah berikutan perubahan yang dibuat pada minit terakhir itu, makan pihak Delirasa Catering & Event Management tidak boleh dipersalahkan.

2. Perubahan berbentuk penambahan item yang dibuat kurang dari 7 hari  dari tarikh majlis boleh dikenakan caj tambahan.

PEMBAYARAN BALIK & TUNTUTAN GANTIRUGI

Walaupun syarikat sentiasa berusaha dengan sedaya upaya untuk menyediakan makanan, peralatan dan perkhidmatan yang sebaiknya, sebagai manusia yang memang Allah jadikan tidak mungkin boleh sempurna, keadaan di luar jangkaan boleh berlaku (alhamdulillah, setakat ini kalau berlaku pun, hanya sekali sekala dan bukan pada item utama).

 

Apapun, syarikat memberi JAMINAN bahawa tidak ada satu pun kekurangan yang berlaku di mana-mana majlis adalah disengajakan atau sudah dijangka berlaku. 

​Sekiranya berlaku kekurangan sama ada pada makanan, peralatan atau perkhidmatan, pihak syarikat akan membayar balik (REFUND) senilai dengan kekurangan tersebut. Contohnya, sekiranya lauk yang diberikan tidak cukup 100 pax, maka syarikat akan membayar balik harga lauk 100 pax berkenaan kepada pelanggan.

​Syarikat tidak dapat membayar GANTIRUGI atas sentimen seperti malu kerana majlis kurang sempurna dsb, kerana ini adalah selaras dengan kaedah penghakiman dalam mahkamah-mahkamah sivil mahupun Syariah di dunia. 

Untuk lebih detail, sila download dan baca terma perjanjian di antara Delirasa Catering & Pelanggan di bawah.

HUBUNGI

Telefon:

018-3885915: 011-11219915

Email:

delirasacatering@gmail.com

Alamat HQ:

31, Jalan STR 3/1

Saujana Techno Park

Saujana Rawang

48000, Rawang

 

Sales Gallery:

35-01 Ground Floor

Jalan Anggun City 1

48000, Rawang

BORANG PERTANYAAN
LOKASI
WAKTU PERNIAGAAN

Rabu - Isnin: 9.30 am - 5.30pm

​​Selasa: Cuti

Ikuti kami di Facebook:
  • Facebook Social Icon

© Deli Rasa Catering & Events with Wix.com

This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now